Friday, August 02, 2013

Ramadhan membawa diri, Syawal menjelma lagi

bismillahirrahmanirrahim

okayyy..korang baca tajuk pun dah tau yang aku nak cakap pasal bulan romadhonnn yang bakal habis tak lama lagi dan hari raya yang sangat dinanti yang bakal menjelma jugak nanti..sebelum aku mengorak bicara lebih jauh rasanya molek lah aku ucapkan dulu SELAMAT BERPUASA..masih tak terlambat rasanya sebab masih ada sisa baki beberapa hari lagi nak puasa..dan aku jugak nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI in advance.segala silap salah mohon dimaafkan in advance jugak hihihi

hari ni secara rasminya aku dah bercuti..yeayyy !!! \^o^/...balik kemaman pagi tadi naik bas sp bumi pukul 9.30 pagi..tapi kalau dah janji melayu tu memang pukul 10 baru sampai..cuak gak kot2 la aku dah kena tinggal.mau meraung sampai keluar air mata darah aku hahaha..tapi tapi tapi i just cant resist that abg driver tu hensem !!!! adakah ini dinamakan cinta?? love at first sight?? omo omo omo omo !!! am melting bila ingat balik cara dia pandang haaa *fefeeling loved* mihmihmih

okayyy dah.abaikan abg driver hensem tu..keeksaitedan aku balik beraya dan jumpa abg driver hensem tu dah dirosakkan oleh clinical posting !!! warrrrgggghhhhhhhhh *bertukar jadi the hulk* kenapa kenapa kenapa???!!! why why why why semua ni perlu aku tau bila aku tgh seronok2 nak balik raya?? T____T  kind of cruel coz it killing me softly.i hate it !! punyalah posting yg last ni aku berdoa dapat dekat2 je..sekali dicampaknya aku pergi utara..seberang jaya,penang you knowww!!! ramai kot yg dapat tempat best2,dekat dgn rumah.tak aci betul.aku selalu kena campak ceruk2 mana..aku rasa kalau nak cakap lecturer bias pun takpe kot..errgggggghhhhhhhhhh !! efff much.lantak ah.malas nak pikir dah.tunggu je nanti cane..

haaa nampak tak nama aku tu..siap ber-highlight lagi :P

rosak mood tgk benda alah ni..k ahh..undur diri.
adios amigo !!

Friday, July 12, 2013

SELAMAT HARI TUA ANA AFIFAH IBRAHIM !!! :D

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

tanggal 12 Julai 1993, lahirlah sorang makhluk Tuhan ke bumi setelah 9bulan 10hari dok dalam perut mak dia.makin bertambah generasi Y.makin bertambah penduduk bumi.makin bertambah segala-galanya..nama diberi ANA AFIFAH BINTI IBRAHIM.cahaya mata kedua buat encik Ibrahim dan pasangannya..*dah la.penat nak skema2*

stret to the point..entri ni khas untuk sahabat sejati aku yang diberi nama ANA AFIFAH BINTI IBRAHIM..*i know you like blue.hihi*..kenapa??sebab dia spesel??janganla jeles mak jahhh~~~sebenarnya sebab hari ni hari lahir dia !!!

happy birthday ana tomey2~~ !!!
*pung pang pung pang*
sound efek bunga api
semoga lama hidup,cepat kaya,cepat kawen,bahagia sokmo2.hehe..dan selamat berpuasa !!
\(^_^)/
*first time birthday bulan puasa*

mek nab the gojesss :P

huii..kanak2 PAT gojesgirl :)

alolo..tomey2 ana bananana & auji rurururu :P

meh nak story sikit pasal mek nab ni sorang..kekeke
mula2 aku kenal dia time sekolah menengah.dekat KAKA..bukan pemain bola tu.ni nama sekolah.sebab ape nama cenggitu??eh bukan sebab kaka pernah sekolah sana..tu memang akronim nama sekolah kitorang.unik kann~~okeh berbalik kepada kisah mek nab dan aku tadi..time tu aku dengan dia tak berapa nak rapat pun.sebabnya aku ngan dia lain2 geng..maklum lah dulu time sekolah ambik ERT untuk subjek KH.dia pulak ambik akaun..memang tak sebulu lah kitorang..skolah kitorang asing2 student time KH..sape ambik akaun dok sekelas.sape ambik ERT dok sekelas.yang ambik ELEKTRIKAL dok sekelas*aku bantai je yang last ni sebab tak ingat nama subjek.hehehe*

tambah lagi pulak aku ni memang terkenal dengan kegarangan aku kat sekolah.bebudak ni memang tak berani nak beramah mesra dengan aku..sedangkan aku ok je.mungkin sebab aku susah nak senyum tu yang dorang ingat aku ni pesen serius 24/7..hoi..aku pun reti gelak lah~~ =.=!

nak dijadikan cerita time form4 aku pindah skolah.masuk SBP..lagi ah aku tak rapat dengan mek nab ni..tapi takdir Tuhan dah susun cantik2..mek nab pun dapat pergi KISAS jugak.haaa stat daripada tu ah aku ngan mek nab jadi besfren..tambah lagi pulak kitorg satu rumah sukan.satu dorm pulak tu..memang slalu gosip ah.hohoho

dan semakin masa berlalu,semakin rapat kitorang jadinya.hipotesis diterima!! *mengarut*
lepas SPM memasing bawak haluan sendiri.tapi still kontek each other..dan buat kesekian kalinya kami masih bersama di UiTM Puncak Alam..yang bezanya aku ambik diploma fisio,dia ambik degree farmasi.

hepi ending~~ :)

tulus ikhlas buat mek nab yang comel lote,hepi go lucky,die-hard-fan minho,daaaaaannnnnn yang penting gadis melayu terakhir giccew~~kikiki

Thursday, June 27, 2013

senior year in UiTM Palam

BISMILLAH..
dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

just a fast-short update sebab tengah tunggu masa nak masuk kelas paeds pulak petang ni..

okay.sekarang aku dah masuk semester 5.which is my FINAL YEAR!! ohmaiii !!!!! aku dah jadi senior!! :O
rasa macam tak percaya pun ada sebab aku rasa macam aku baru masuk semalam *bajet muda* kekekeke
dah mengarut.
summary of this sem;
1. ambik 5 subjek je..tapi SEMUA GAYA MACAM KILLER2 =.=!
2. dalam sejarah sebab batch diploma yang PERTAMA KENA DUDUK LUAR
3. aku duduk jauh sikit dari bebudak lain sebab aku duduk dengan peah.kat rumah makcik dia which is kat saujana..orang lain semua duduk kat puncak alam.
4. g kelas aku merempit dengan peah.tapi dia yg bawak sebab aku tak berani nak bawak motor tu.sebab ada klac..manual giler =.=!
5. everything is under control :)

dan rasanya dah takde pape sangat aku nak cakap..just time final sem lepas aku berjimba sebelum paper neuro g genting highlands dengan bebudak MI.aku SORANG budak fisio.GILER =,=! andddddd clinical posting time cuti hari tu aku dapat kat HOSPITAL BANTING!! sangat errrrrr...undescribable..enjoy the photoshoot then! :)


gambar kat genting

miss fizah,miss malathi and bebudak sime darby.. rindu dorg :')


bebajet comel semua kekeke

kalau nak tengok gambar lain sila tengok dekat instagram.ada button kat atas kekekeke 
okay la.adios!!

Thursday, January 03, 2013

2013

huii huii~
sekali lagi aku nak mengarut kat sini.tak suka?? eh ikut suka aku lah.blog aku.kalau tak suka sila tutup tab ni sekarang!!! *keluar asap dari telinga**jirus dengan air.dah lega.senyum* ok.kepada yang masih membaca ni aku ucapkan selamat tahun baru!! *pung pang pung pang* jangan pertikaikan bunyi bunga api aku.aku sembelih sorang2 kang =="

haaa..cantik kan kota metropolitan ni.
bila dah masuk tahun baru ni,satu fakta yang tak dapat aku ubah ialah umur aku dah meningkat.oh em jayyy aku dah 20 tahun!!! please say to me that me only dreaming *jari silang depan muka,tutup mata**facepalm* memang tak lah woihh hajidah said!! sedar diri sikit.sekarang ni kau ada kat bumi.bukan dreamland yang sesuka hati kau nak jadi muda,cantik,bergetah,ada super power bagai.kalau nak buat cerita hajidah in the wonderland pun tak laku.takde orang nak tengok muka berkarat kau tuhhh.

ahhh..abaikan monolog dalaman tadi.takde kaitan pun.mari kita berbalik pada tajuk asal.2013.macam dah tajuk filem kan.tapi yang tu 2012.ni aku tukar sikit jadi 2013.hehehe..orang cakap bila dah masuk tahun baru ni semua benda mesti baru kan.baju baru,beg baru,kasut baru,kereta baru,rumah baru,handphone baru,azam baru,suami/isteri baru...eh ehh..tang suami/isteri baru tu kalau rasa dah bosan hidup buat lah.lainlah kalau korang memang dah menjanda/menduda.haa yang tu boleh nak baru.hehehe *gatal pulak -.-*
dan time tu mesti ada bunyi suara2 sumbang yang cakap.. 
"amboi,time tahun baru hijrah takde pun kau nak berbaru-baru bagai.padahal kau orang islam kot.sepatutnya lebihkanlah yang bulan islam punya.ni dok puja-puja,sambut sangat yang orang kapir punya buat ape??kau kapir jugak ke???"
"nama je negara islam malaysia ni.tapi depa dok buat jugak apa yang orang kapir buat.islam pada nama je tak guna.pemimpin sepatutnya buat la something bagi nampak macam negara islam sikit.ini tak.macam-macam konsert dibuatnya.pastu mula la bulan 9 nanti banyak anak haram keluar"
haaa..benda-benda alah macam ni memang dah biasa sangat dengar.tapi tapi tapi....orang yang bercakap tu ada buat something ke untuk prevent semua yang dia cakap tuuu??ada??mungkin lahhh..golongan limited edition tu susah sangat nak jumpa.kebanyakannya hanya akan cakap je tanpa buat pape.dorang just tunggu kerajaan je yang buat something.selagi kerajaan tak buat pape,selagi tuuuu lahh pemimpin disalahkan..jangan salah faham.aku kat sini bukan nak pro kerajaan.tapi memang dah tipikal orang kita macam tu.semua salah nak diletakkan kat orang lain.dinasour yang gedabak depan mata tak nampak,tapi bakteria yang seni sangat2 yang beribu batu jauh tu nampak pulak.haisy~*ehh..ada kaitan ke??abaikan*

dalam tak sedar benda ni sebenarnya bermula dari diri sendiri.bermula dari sekecil2 institusi masyarakat which is diri sendiri.dalam pada tu jugak kita menyalahkan diri sendiri jugak sebenarnya time kita dok sebok salahkan pemimpin sebab kita semua pemimpin.pemimpin pada diri sendiri.kalau kita sendiri tak pandai nak pimpin diri,memang sah-sah lah kita pun senang nak hanyut terpengaruh dengan anasir2 aneh kuning tu.orang mungkin akan cakap
"alahhh..aku bukan buat pape pun.aku pergi tengok bunga api,layan2 konsert,jumpa member2 je ponn..takdenya aku berkepit dengan cikaro2 mat2 motor mana tah tu"
memang tak salah nak pergi nak have fun but then banyak lagi kan tempat lain yang kita boleh have fun.kenapa tempat yang penuh maksiat jugak yang kita nak pergi??Allah sendiri melarang dalam kitab al-QuranNya yang mulia supaya kita jangan mendekati zina.orang yang bagi statement macam kat atas tu bukan mendekati zina ke??memang dorang tak buat tapi dorang kat sana macam sokong apa yang orang lain buat tu.aku bagi analogi senang orang nak paham.orang pergi merompak rumah korang tapi at the same time korang ada kat rumah.korang just tengok dorang selongkar2 rumah,ambik2 barang tanpa buat pape.tak ke namanya korang relakan benda tu jadi??macam korang bersubahat sekali rompak rumah tu.then at the end sape yang rugi??korang dan family korang jugak.macam tu lah jugak kehidupan bermasyarakat kita ni..then bila Allah dah murka sangat Dia akan turunkan azab.Allah nak turunkan azab tak pilih orang tau.sape yang ada semua kene.takde kompromi.
"kau tak pergi bolehlah cakap macam tu"
aku tak membebel dalam ni cakap pot pet pot pet sebab aku tak pergi ke jeles ke hape.tapi aku cakap sebab ada kawan aku request.kalau tak takde makna aku nak perah otak bagai nak rak dok pikir ayat nak buat benda alah ni.aku sendiri bukannya baik sangat pun.nama je bekas budak sekolah agama tapi perangai macam setan jugak *macam over sangat je.kayy,aku tipu la sikit yang perangai macam setan tu.penyedap ayat.hahaha* aku pergi jugak wayang.aku layan je lagu yang tahpape.bukan dok layan nasyid hafaz Quran manjang.senang cerita aku ni produk yang tak berapa nak menjadi la sebab aku gagal nak pimpin diri sendiri *jangan nak label semua budak sekolah agama macam aku eh.dorang baik.aku je yang keras hati tak terima penerapan kat sekolah dulu*

jadi,konklusinya kat sini korang pikirlah sendiri.takde mana kalau tuhan bagi otak tapi kita tak guna.kalau guna tu pulak biarlah pikir benda yang berpekdah sikit.kalau korang rasa sayangkan islam,sayangkan umat akhir zaman ni mulalah bergerak memacu kegemilangan islam.jatuh bangunnya islam kerana iman penganutnya.walaupun negara kita dah bebas dari penjajah secara atas kertasnya tetapi hakikatnya minda kita masih dijajah.lakukan perubahan,mengorak langkah ke arah kejayaan.

salam sejahtera atas semua.mohon undur diri.adios!! \(^O^)/

Wednesday, December 26, 2012

mini reunite of the teluk intanians :D

hui huii~~
aku kembali dengan cerita baru~ :D sebenarnya takde lah baru sangat pun.cuma aku je yang malas nak update.maklumlah orang bahagia balik rumah.mestilah nak lepas rindu puas2..dekat setengah tahun jugak lah aku tak balik.last balik pun time raya puasa hari tu.lama kan kan kan?? *baik korang angguk kalau tak aku pancung! *tenung tajam** hahahaha :P aku memain je.jangan marah~~

okayy.mari berbalik ke tajuk asal.kenape tajuk dia macam tu eh??apekebenda tuhh??tah.aku pun tak tau.hahaha :P aimanHafiz tu nama orang sebenarnya.aku tak tau kenape aku tulis macam tu *kecikkan huruf A dan besarkan huruf H* maybe sebab aku rasa nampak macam cantik mungkin.hahaha..si aiman ni aku kenal time pergi praktikal kat hospital teluk intan dulu.geng2 budak kskb yang enam orang tu.tapi memandangkan dia sorang je yang ada kat selangor ni jadi kami hanya keluar dengan dia je.kami??keluar??ouhhh..kami tu aku dengan geng2 yang gi praktikal kat HTI dulu tu lah.aku,aina,lana,aishah..keluar tu pulak hari tu kitorang ada keluar sekali dengan si aiman tu.hasil idea dia lah.kitorang follow je~~asalnya plan nak keluar sehari je which is hari rabu.tapi macam mane tah si aiman ni tetibe ngidam nak makan seoul garden jadi dia ajak kitorang gi burger bakar abang burn hari selasa tu jugak.dah jadi dua hari..

first day kitorang berjimba dekat sunway.dah memasing teringin sangat nak memanoh haa kau.sekali cakap terus dapat.hihihi..walhal semua tak reti memanohh.sekali target berterabur ke lain.hahaha..kesian abang2 n akak trainer kat situ.penat kene kutip balik segala arrow yang terbang tah ke mana.tapi apakan daya.standard ah.first timer kot.lagiponn tu memang keje dorang kann~~haha :P then kitorang jenjalan pusing2 tengok orang skating.mampu tengok je tak mampu nak main sebab tak reti.lagi ponn malu lah kat aiman kalau jatuh~~hahaha.sambil2 tu makan cookies famous amos.yummay!!sangat sedap hingga menjilat kuku mungkin.hahaha :D then gi arked.aiman main basketball.aku ngn lana main tembak2.haa tercapai jugak lah hasrat nak menembokk tu eventho kat arked je.hahaha.aina ngan aishah lak tengok je.jadi pom pom girl.hikhik

ape tah nama tempat ni.haha
yang hujung tu lah aimanHafiz.tak nampak sangat muka
yang tersengih macam kerang busuk ni aina.haha

then we heading to burger bakar abang burn!! kitorang pergi yang cawangan kat shah alam je.malas nak cari jauh2.lagiponn dah malam.takot tak sempat nak balik kolej.maklum lerr kami2 ni budak baik~tak berani nak langgar peraturan~hahaha *facepalm* makan punya makan dah habis lempiaskan nafsu kitorang pun balikk.sampai gate palam betul2 pukul 11.hahaha.menepati masa sangatnya~ :D dah smpai bilik semayang ape semua terus tido.keje yang lecturer nak keesokannya dah tolak tepi dah.tido lagi penting.hahaha *gambar tak dapat disertakan sebab time ni fon dah mampus.takde bateri.online punya pasal.bateri mengalir macam air je =="*

untuk second day pulak kitorang pergi i-city.nak ber-snow walk katanya~penuhi impian aina sebelum dia balik aloq staqq *mohon oqhang utaqha tak maqhah aku qhosakkan bahasa depa.hahaha* time ni memang syok laa.masuk2 kunun buat gaya duduk obersea bagai kau.siap baring2 atas snow buat gaya kanak2 riang.alahhh macam orang putih selalu buat dalam tb tu.gaya kuak lentang katanya.hahaha :D dah keluar tu elok pulak hujan.rosak plan nak meronda kat area situ.haish..last2 kitorang lepak dalam tu sambil makan eskrem.*aku ngn aiman jela.yang lain dok sebok gigibiru gambar2 yang ada dalam fon aku.maklum lerr fon aku je yang selamat masuk kat dalam tu.fon dorang semua simpan dalam loker.hoho* ingatkan nak beli gambar yang staff sane ambik tapi sekali tanye "30hengget sekeping dik" *jaws drop* *krik krik krik krik* hmm takpelah bang.gambar yang kitorang ada ni pun dah cukup. *berlalu pergi sambil lap air mata.isk isk isk*

aina menunggu putera idaman datang~hikhik

aku tunggu orang kuantan je~tak mampu putera2 ni #eh haha

ayu nya lahaii..kalau gajah betul mau jatuh tergolek macam nangka busuk


aina the dinasour?? :O 


am in the igloo~~ hoho 

si esah and lana :D

alahai comelnya aina.hihi

here we are.lana,aina,aiman n aishah.
me the photographer :)

then menunggu hujan reda sikit baru lah kitorang gerak.aiman cakap dia nak gi memenuhi keperluan dia.memula kitorang ingat kejap je.menunggu lah bagai nak rak.sekali dah bosan tahap ape kitorang pun berjalan mencari ilham.then banyak sungguh karya yang terhasil.hahahaha.kitorang keluar i-city pun dah nak dekat maghrib.then mencari masjid nak semayang.sekali jumpa masjid shah alam.punye lah besar masjid tu sampaikan kitorang mengambil masa dekat 45 minit nak semayang maghrib sahaja!!sesat woihh~ ==" lepas ni tobat tak nak masuk dah masjid tu.seksa~

after that kitorang terus gerak gi klang sentral sebab takott aina tertinggal bas.bas dia pukul 9.45.so sementara menunggu tu kitorang gi lah isi perut yang dah berdondang sayang macam hape ni.sambil tu borak2 mengimbas kembali kenangan kat teluk intan.tapi spoil ah sebab bon takde.hahaha.kalau tak cukup korum.lepas dah lambai2 and berdrama queen bagai kat klang sentral tu kitorang yang tinggal ni bergerak balik ke palam.ingatkan aiman nak ikut meru.sekali dia ikut gps tah jalan mana yang dibawaknya.nasib baik jumpa jalan pulang.hahaha.hari tu balik awal sikit.around 10++ kot.tapi tak sampai pukul 11 lah yang pasti.hari tu jugak still macam semalam.balik semayang ape semua terus tido.hahaha :P

have so much fun on both days.thanx a lot to aimanHafiz and teluk intanians that have made my days :D but then im really sorry to my orang rumah,afiqah mafilruddin coz has left you alone for two nights.i promise i'll spend more time with you after this.dont worry kayh baby ;D

till we meet again.bye peeps! *mak dah panggil suruh masak.hohoho* \(^O^)/
sudi lah jenguk2 sikit galeri kat bawah ni.hehe


macam muka orang cacat je muka aku tuh ==" 

wuhhuu~the paris wheel~~

menunggu aiman punya pasal

what-so-ever-tower

obersi uollss..kau hado??haha

jelas terpancar cahaya nak balik.hoho

hee~lana being sweet by taking my picture too :D

mr.snow man~

here another aiman :)

ferrero rocher from langkawi!! thanx aiman :)

my best practical mate : aina :)

Monday, December 17, 2012

#Monday Blues

hmm..hari ni kelas ku ada pagi je..sangat2 pagi..8.30 pagi.huhu.tapi..bila aku dah siap mandi bagai tetibe..kawan aku cakap kelas cancel..ingatkan dia memain je..pergi check fon..
"kelas cancel"
from assistant class rep.
 aku..*krik krik krik...* ==" hurmmm..takpelah..tak salah pun mandi awal2 pagi.segar sikit mata.takde lah aku nak sambung tido balik.huhu..lepas tu aku basuh baju,lipat baju,jemur baju,kemas bilik sikit2..then sambung buat aktiviti rutin lerr~online~~baca novel kejap.then sekarang..aku dah tak tau nak buat apa..

comel kan aku??haha

jadi lah aku dok mengadap blog aku ni..tapi,...aku nak bercerita pun takde idea.haisy~
takpe lah.aku mohon diri.ingat nak buat keje jap lagi.jadi sekarang relax2 main game dulu.hihi :D adios~ \^o^/

Monday, December 10, 2012

Start It Again! :)

hye korang!! :D
dah lama sangat rasanya aku menyepi.ada lah kot dalam sebulan..
last pun aku hapdet time dapat result..
cne result aku??jgn byk tnye.sila ke sini..

pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu
aku pun dah masuk semester baru-->sem4
budak 2nd year oi~~
rasa macam nak cuak pulak bila fikirkan nanti kot2 la aku tak dapat grad skali ngan member2 yang lain :3
tu tak termasuk keje lagi
abang aku cakap keje susah nak cari
sekarang ni dah ramai yang ada kelulusan tinggi
yang diploma bagai ni orang dah tak pandang dah~
jadi kuli jela kauuu~sob sob..
tapi ape kisah kan.rezeki masing2..
yang penting usaha,tawakal :)

ok.balik kepada topik asal.
aku dah jadi budak sem 4!
benda baru aku dah dapat time praktikal dekat teluk intan hari tu
so,naik sem ni pun advance sikit la belajar
kalau dulu kira macam benda basic je
sekarang ni dah kira phase application pulak

me for the second day of the new sem! :)

hurmmmmmmm......
errmmmmm.......
eeerrrrrr.......
sebenarnya aku pun tak tau aku nak mengarut ape petang2 ni
dah lah duk sensorang kat bilik ni.
memang syokkkk tidooo~~~
huhuhuhu..

okayy lah.
mintak diri dulu.
adios! \^o^/