Thursday, January 03, 2013

2013

huii huii~
sekali lagi aku nak mengarut kat sini.tak suka?? eh ikut suka aku lah.blog aku.kalau tak suka sila tutup tab ni sekarang!!! *keluar asap dari telinga**jirus dengan air.dah lega.senyum* ok.kepada yang masih membaca ni aku ucapkan selamat tahun baru!! *pung pang pung pang* jangan pertikaikan bunyi bunga api aku.aku sembelih sorang2 kang =="

haaa..cantik kan kota metropolitan ni.
bila dah masuk tahun baru ni,satu fakta yang tak dapat aku ubah ialah umur aku dah meningkat.oh em jayyy aku dah 20 tahun!!! please say to me that me only dreaming *jari silang depan muka,tutup mata**facepalm* memang tak lah woihh hajidah said!! sedar diri sikit.sekarang ni kau ada kat bumi.bukan dreamland yang sesuka hati kau nak jadi muda,cantik,bergetah,ada super power bagai.kalau nak buat cerita hajidah in the wonderland pun tak laku.takde orang nak tengok muka berkarat kau tuhhh.

ahhh..abaikan monolog dalaman tadi.takde kaitan pun.mari kita berbalik pada tajuk asal.2013.macam dah tajuk filem kan.tapi yang tu 2012.ni aku tukar sikit jadi 2013.hehehe..orang cakap bila dah masuk tahun baru ni semua benda mesti baru kan.baju baru,beg baru,kasut baru,kereta baru,rumah baru,handphone baru,azam baru,suami/isteri baru...eh ehh..tang suami/isteri baru tu kalau rasa dah bosan hidup buat lah.lainlah kalau korang memang dah menjanda/menduda.haa yang tu boleh nak baru.hehehe *gatal pulak -.-*
dan time tu mesti ada bunyi suara2 sumbang yang cakap.. 
"amboi,time tahun baru hijrah takde pun kau nak berbaru-baru bagai.padahal kau orang islam kot.sepatutnya lebihkanlah yang bulan islam punya.ni dok puja-puja,sambut sangat yang orang kapir punya buat ape??kau kapir jugak ke???"
"nama je negara islam malaysia ni.tapi depa dok buat jugak apa yang orang kapir buat.islam pada nama je tak guna.pemimpin sepatutnya buat la something bagi nampak macam negara islam sikit.ini tak.macam-macam konsert dibuatnya.pastu mula la bulan 9 nanti banyak anak haram keluar"
haaa..benda-benda alah macam ni memang dah biasa sangat dengar.tapi tapi tapi....orang yang bercakap tu ada buat something ke untuk prevent semua yang dia cakap tuuu??ada??mungkin lahhh..golongan limited edition tu susah sangat nak jumpa.kebanyakannya hanya akan cakap je tanpa buat pape.dorang just tunggu kerajaan je yang buat something.selagi kerajaan tak buat pape,selagi tuuuu lahh pemimpin disalahkan..jangan salah faham.aku kat sini bukan nak pro kerajaan.tapi memang dah tipikal orang kita macam tu.semua salah nak diletakkan kat orang lain.dinasour yang gedabak depan mata tak nampak,tapi bakteria yang seni sangat2 yang beribu batu jauh tu nampak pulak.haisy~*ehh..ada kaitan ke??abaikan*

dalam tak sedar benda ni sebenarnya bermula dari diri sendiri.bermula dari sekecil2 institusi masyarakat which is diri sendiri.dalam pada tu jugak kita menyalahkan diri sendiri jugak sebenarnya time kita dok sebok salahkan pemimpin sebab kita semua pemimpin.pemimpin pada diri sendiri.kalau kita sendiri tak pandai nak pimpin diri,memang sah-sah lah kita pun senang nak hanyut terpengaruh dengan anasir2 aneh kuning tu.orang mungkin akan cakap
"alahhh..aku bukan buat pape pun.aku pergi tengok bunga api,layan2 konsert,jumpa member2 je ponn..takdenya aku berkepit dengan cikaro2 mat2 motor mana tah tu"
memang tak salah nak pergi nak have fun but then banyak lagi kan tempat lain yang kita boleh have fun.kenapa tempat yang penuh maksiat jugak yang kita nak pergi??Allah sendiri melarang dalam kitab al-QuranNya yang mulia supaya kita jangan mendekati zina.orang yang bagi statement macam kat atas tu bukan mendekati zina ke??memang dorang tak buat tapi dorang kat sana macam sokong apa yang orang lain buat tu.aku bagi analogi senang orang nak paham.orang pergi merompak rumah korang tapi at the same time korang ada kat rumah.korang just tengok dorang selongkar2 rumah,ambik2 barang tanpa buat pape.tak ke namanya korang relakan benda tu jadi??macam korang bersubahat sekali rompak rumah tu.then at the end sape yang rugi??korang dan family korang jugak.macam tu lah jugak kehidupan bermasyarakat kita ni..then bila Allah dah murka sangat Dia akan turunkan azab.Allah nak turunkan azab tak pilih orang tau.sape yang ada semua kene.takde kompromi.
"kau tak pergi bolehlah cakap macam tu"
aku tak membebel dalam ni cakap pot pet pot pet sebab aku tak pergi ke jeles ke hape.tapi aku cakap sebab ada kawan aku request.kalau tak takde makna aku nak perah otak bagai nak rak dok pikir ayat nak buat benda alah ni.aku sendiri bukannya baik sangat pun.nama je bekas budak sekolah agama tapi perangai macam setan jugak *macam over sangat je.kayy,aku tipu la sikit yang perangai macam setan tu.penyedap ayat.hahaha* aku pergi jugak wayang.aku layan je lagu yang tahpape.bukan dok layan nasyid hafaz Quran manjang.senang cerita aku ni produk yang tak berapa nak menjadi la sebab aku gagal nak pimpin diri sendiri *jangan nak label semua budak sekolah agama macam aku eh.dorang baik.aku je yang keras hati tak terima penerapan kat sekolah dulu*

jadi,konklusinya kat sini korang pikirlah sendiri.takde mana kalau tuhan bagi otak tapi kita tak guna.kalau guna tu pulak biarlah pikir benda yang berpekdah sikit.kalau korang rasa sayangkan islam,sayangkan umat akhir zaman ni mulalah bergerak memacu kegemilangan islam.jatuh bangunnya islam kerana iman penganutnya.walaupun negara kita dah bebas dari penjajah secara atas kertasnya tetapi hakikatnya minda kita masih dijajah.lakukan perubahan,mengorak langkah ke arah kejayaan.

salam sejahtera atas semua.mohon undur diri.adios!! \(^O^)/

2 comments:

Anonymous said...

betul, minda kita masih dijajah, hidup kita pun dijajah, dijajah dgn pengaruh barat

gee said said...

ramai orang tertipu dengan propaganda penjajah..