Saturday, September 29, 2012

mari mengundi~

woot woot!!
i olls dah boleh mengundi~
u olls yang bawah umur jangan nak menggatal eh mengundi..
ape??i olls pun bawah umur??
eh eh..pelisss~
i olls bukan cakap pasal PRU ok..
i olls cakap pasal PRK.
PRK pun tak tau??isy3..*geleng2 kepala*
PRK=PILIHAN RAYA KAMPUS
ada pahammm??haa..gud2

untuk PRK kali ni i olls dgn berbesar hatinya jadi jentera
tolong tampal2 poster,promote calon yadda yadda and so on
sangat penat.seriously!
seminggu burn macam abu je.fuhhh~*tiup abu*
sangat sekejap rasa masa berlalu dan sangat penat nak mengharungi hari2 yang mendatang..

tambah2 pulak antara calon yang bertanding tu pulak kawan2 sendiri
rasa tersepit kat tengah2 pulak
mana taknya kalau takut salah sorang terasa hati
haru jadinya nak memujuk
dah lah i olls ni jenis yang tak pandai memujuk
*sila take note ye my future husband.lalala~*
ibaratnya ditelan mati emak,di luah mati bapak
ecewahh~berperibahasa gitu kau mak jah~ XD

ni ha kawan2 aku yang masuk bertanding tu~

yg ni syu the mpp :D

yg ni the si put :D

walaupun hanya sorang yang menang,which is syu
tapi aku tetap gembira..
at least ada daripada takde langsung~
kepada yang menang i olls ucapkan tahniah dan jalankanlah tugas anda sebaik mungkin demi anak bangsa
kepada yang kurang bernasib baik janganlah berputus asa.setiap yang berlaku ada hikmahnya.mungkin ini bukan jalan anda yang terbaik.rezeki masing2
*ayat takleh bla.hewhew XD*

tu je la nak story..
sorry tak leh nak cerita panjang2 sebab tengah study.huhu
ni pun take 5 je sebenarnya
stress study tak masuk XD
k lah.daa~

*sudi la tengok2 kat galeri ni :)

wan hidayah punye hasil karya :)

juga karya wan hidayah+aku tolong sikit2 :P

haaa~nampak tak mood pilihanraya disitu.huhu

ni lah dia jentera yg paling kuat bekerja
kiri : wan hidayah
kanan : ain azmi

sampai tak nampak jalan nak lalu kat laluan tu.hukhuk


Friday, September 21, 2012

FESKO 2012

ohoooooo hoi~
meh sini aku nak bercerita lagi..
ni kisah pasal FESKO 2012 pulak..
FESKO tu ape??
haa..lupa nak bagitau..FESKO = FESTIVAL KOLEJ
seperti biasa aku akan bagi butiran program.hihi

TEMPAT : PADANG KAWAD UITM PUNCAK ALAM
TARIKH : 13-16 SEPTEMBER 2012 (terlambat pulak updet.hehe..)
MASA : 5-10 PM , 8 AM-10PM
AKTIVITI : JUALAN PUNCAK,SUARA D'PUNCAK,CULTURE OF TRADISIONAL,SUKANEKA,LARIAN AMAL SATU PUNCAK

event ni bebudak jawatankuasa pelajar kolej(jpk)<-------tak tau betul ke tak.hehe..
palam kolaborasi dengan bebudak jpk puncak perdana.
boleh kata meriah jugak la walaupun ramai yang balik.
kan cuti satu malaysiaaaaa~~
cuti 3hari gitu..semua pakat balik la~~
i olls je yang tak balik sebab involve dengan benda alah ni.hewhew..
mostly yang join aktiviti2 ni semua bebudak asasi la..
bebudak puncak perdana pun ada..
ada provide bas untuk angkut dorang ke hulur ke hilir dari perdana-palam

sekarang kita pergi satu2 untuk setiap event
event first------>suara d'puncak
ni boleh kata macam pertandingan karokk la..
ada yang nyanyi solo,duet,group..
dorang kebanyakannya bawa lagu yang sedia ada..
tapi ada sorg peserta ni,budak asasi..nama stage dia cik ah
haa..minah ni bawak lagu sendiri~
cuma tak perfect sangat sebab dia tak main gitar sendiri.sho shadd :(
tapi overall sangat best lagu tu~
terjatuh hati pulak aku dengan lagu tu..hikhik
and the most important thing is dia jadi johan!!!
hooreyyy!! eh eh aku pulak yg eksaited.hehe

cik ah yg pegang bunga tu..comel kan??huhu

yg ni the group.suara sedap+org comel.hikhik^^

yg ni ahli flava yg nyanyi.dia dtg jd juri :P

haa..yg ni time cik ah nyanyi.hikhik

event ni malam..siang tu suria.fm dah datang dulu.
suara i olls masuk radio~
kau hado??hahaha

shafiq kot dia ckp nama dia hari tu.lupa dah.hehe

yg belakang tu kereta suria wheels ok.kau hado??

next!!culture of tradisional..yg ni biasa la.ala-ala fashion show gitu~
mak jah masuk tak?
nak kiamat namanya kalau mak jah masuk.hahaha
i olls tak minat la nak jadi model ni..
my beauty just for the right one~
haa..kelllaaassss kau mak jah.skiping london gitu~

seterusnya------->sukaneka!!
yang ni aku tak join.sebab???
malam sebelumnya aku dah berapa hari tak cukup tido
jadinya,weekend yg ada ku guna untuk qada balik tido yg tak cukup tu~
tapi hari tu jugak aku keluar berfoya-foya~
hahaha..takde lah..kawan aku ajak teman jumpa adik dia
aku on je la..tak nak tolong kang kawan.rasa bersalah lak nanti.huhu..
malamnya aku tak ingat ada ape.hahaha

the next event is *drum roll*------->larian amal 1puncak
yg ni acara paling penting sebab i olls masuk tau~sihat gitu i olls~haha
ingat dekat ke???7KM tau~
dah la jalan kat palam ni berbukit-bukau.ponat den lari =,=
tapi tak menang pongggg~hahaha
me no good in long distance la~
sprint boleh meh~
tapi sekarang dah tak sure sebab dah lama tak aktif =="

no bertuah??tak pernah kena =="

haaa~pnc pun join tau~jgn memain~

muka penat woihh..baru lepas lari.
yg baju biru tu keje dia jadi usher je.tak lari pun~haha :P

yg ni time pendaftaran.hujan~tapi demi baju free sanggup~haha

as it is the last day of fesko 2012 mesti lah ada acara penutup malam tu..
tapi aku tak pergi pun..syok tido~penat woihh
habis sakit2 badan aku..seminggu baru hilang =="
seksa tau.dah gaya macam orang tua je aku jalan seminggu ni..
gaya orang parkinson pun ada..
dah la perlahan..stretttt je..haisy~
tobat tak nak join dah.#eh huhu
tapi yang penting aku boleh dapat 3 kupon yang diwajibkan setiap seorang kutip..
kalau tak cukup,tak dapat kolej!!
aaiiyookkkk~tak tau..tapi aku pun tak sure sebenarnya..hahaha

k lah.tu je yang nak dicerita
lebiu ollsss so muchh!!hew hew :*
daa~~

Monday, September 17, 2012

kem jati diri

mari duduk rapat rapat~
mari duduk rapat rapat~
aku ada benda nak story~
tutup mulut,bukak telinga~
*nyanyi ala2 mas idayu sambil goyang2*

sebenarnya cerita ni dah lama dah.zaman tok kaduk dulu2.tapi baru sekarang ada keinsafan nak hapdet.huhu
kem ni dua hari satu malam je.8-9 september hari tu..
insan2 terpilih yg dapat pergi kem ni dipilih atas dasar beberapa kriteria
tapi aku pn tak tau ape kriterianya.muahaha
yg pergi bebudak part 3 & part 5 diploma fisioterapi je
lebih kurang 47 org yg pergi included ajk
sepanjang kem tu berjalan,fon&jam tgn kitorg dirampas sementara
hanya ketua yg dibenarkan ada jam
motif???
katanya sebab nak ajar kitorg jadi org yg lebih peka&hargai masa bila buat sesuatu
err..boleh diterima kot sebab aku ni jenis yg berkawan baik dgn jam
bila takde jam macam tak lengkap hidup aku.
*ayat takleh blaahhh*
ok.nk disenangkan citer meh aku concludekan

PERKARA : KEM JATI DIRI PELAJAR DIPLOMA FISIOTERAPI
TARIKH : 8-9 SEPTEMBER 2012
TEMPAT : KEM NUR LEMBAH PANGSUN,HULU LANGAT
PESERTA : 47 ORG BERSERTA AJK & 2 ORG PENSYARAH PENGIRING
AKTIVITI :
  1. WALL CLIMBING
  2. BERAKIT
  3. EXPLORACE
  4. JUNGLE TRACKING

WALL CLIMBING.
dengar macam menarik kan?bukan macam.memang menarik pun..
sesape yg gayat2 tu tak digalakkan untuk melakukan aktiviti ini ye..
kang tak pasal2 ada yg pengsan time tengah panjat tu..
dah jadi satu keje nak buat aktivit menyelamat.huhu
tapi serius cakap sangat penat panjat benda alah tu..
kena keep moving sebab kalau stay lelama at one point korang akan sangat cepat letih
sebabnya body weight kita ditampung oleh tangan
aku yg kecik comel molek ni pun sampai dah tak leh nak genggam tangan dah lepas tu
mau 2 hari nak back to normal
just imagine macam mane dgn org obese???
haa pandai2 lah korg pikir.huhu
*xde gambar.harap maaf*

BERAKIT.
sangatttt best!!
dah la time tu dah start nak hujan
tempat tu pulak sejuk.maklum ler dalam hutan..
lepas tu masuk lagi dalam air.mane tak beku habis organ2 aku.huhu
before start berakit kitorg start with water confident first
terapung2 macam telur katak kat permukaan air..
best wooo..tapi yg tak syok sikit air dia lain macam sikit.
lepas tu baru kitorg berakit then mandi manda berenang ketepian~
*take noted to my-future-husband saya tak pandai berenang.hehe*

nampak tak group aku paling last??
ktorg menghayati keindahan alam~huhu

time macam ni la nak hujan.
habis masuk air hidung aku.hikhik

EXPLORACE.
ada 6 check point kot.aku pun dah lupa
setiap check point peserta akan diberi soalan dan task2 tertentu
soalan tu based on ktorg punye silibus
so sedikit sebanyak membantu ktorg revise balik
antara task yg ada minum telur&air garam,cari getah dalam bekas cengkerik,balut telur gune straw,kira kayu jambatan gantung yg panjang tak terkira dalam gelap malam & buat coughing
mahu dehydrated aku malam tu..
lepas tu pulak kene rendam dalam air sungai yg sejuk teramat
mati2 ingat malam tu dah tak main air
skali kena rendam jugak..
ada lah kot dalam sejam
tak pasal2 kena mandi tukar baju dulu baru boleh tido.haisy~

the very last activity,JUNGLE TRACKING.
yg ni memang baru aku feel jungle tracking yg betul2
penat la jugak
ada yg injured kot~
tapi alhamdulillah aku ok je.takde kecederaan mental & fizikal
ecewahh..hahaha~
bile dah sampai kat air terjun kitorg pn mandi la
alang2 pagi tu tak mandi lagi.hoho

then,before balik ktorg sempat la bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.hehe
credit to baem jaafar.the photographer :)

us! :)

tu je lah kot yg aku nk story.
penat dah.
tak larat nak menaip.wuu~
see ya next time!!daa~