Monday, December 10, 2012

Start It Again! :)

hye korang!! :D
dah lama sangat rasanya aku menyepi.ada lah kot dalam sebulan..
last pun aku hapdet time dapat result..
cne result aku??jgn byk tnye.sila ke sini..

pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu
aku pun dah masuk semester baru-->sem4
budak 2nd year oi~~
rasa macam nak cuak pulak bila fikirkan nanti kot2 la aku tak dapat grad skali ngan member2 yang lain :3
tu tak termasuk keje lagi
abang aku cakap keje susah nak cari
sekarang ni dah ramai yang ada kelulusan tinggi
yang diploma bagai ni orang dah tak pandang dah~
jadi kuli jela kauuu~sob sob..
tapi ape kisah kan.rezeki masing2..
yang penting usaha,tawakal :)

ok.balik kepada topik asal.
aku dah jadi budak sem 4!
benda baru aku dah dapat time praktikal dekat teluk intan hari tu
so,naik sem ni pun advance sikit la belajar
kalau dulu kira macam benda basic je
sekarang ni dah kira phase application pulak

me for the second day of the new sem! :)

hurmmmmmmm......
errmmmmm.......
eeerrrrrr.......
sebenarnya aku pun tak tau aku nak mengarut ape petang2 ni
dah lah duk sensorang kat bilik ni.
memang syokkkk tidooo~~~
huhuhuhu..

okayy lah.
mintak diri dulu.
adios! \^o^/

Friday, November 09, 2012

# wordless friday

hari ni ada dua benda yg jadi
1st-result utk sem 3 keluar
2nd-last day praktikal bebudak kskb sem5 kt HTI

ok.aku cerita pasal 2nd event dulu..
biasalah bila ada nak berpisah je mesti ada jamuan makan2 sikit
and the jamuan was yesterday
ada pulut kuning,rendang ayam,kuih lapis,nasi putih,udang masak ape tah
tapi yg penting semuanya sedap~nyummy nyummy~
and semua masakan tu dimasak oleh salah sorg staf HTI fisio sendiri
and no wonder la sedap sebab staf tu pun ada kedai makan
tapi kedainya bukak malam je sebab ada karok skali

untuk bebudak kskb,
ain,may,ezad,fakhrie,aiman and azuan
selamat maju jaya untuk praktikal korg yg seterusnya
thanx a lot utk semua yg korg dh share kat kami2
nanti bila korg dah xde mesti ktorg rindu korg..eh eh..haha
lepas ni dah xde sape yg nak tnye and explain kat ktorg :/
btw,keep in touch!! hehe ;)

seterusnya,kita berbalik kepada event yg 1st.
bila sebut pasal result,automatik cuak datang tetiba :3
aku sangat tak suka nak check result sebab aku sangat tak suka bila result tu tak seperti yang aku harapkan
then,benda tu akan effect emosi aku untuk the whole day
the week maybe
dan aku jugak akan rasa sangat down bila org yg aku rapat dapat lagi tinggi dari aku
dan dalam keadaan ni segala motivasi takkan berkesan langsung untuk aku
hmmm..sangat complicated jadi aku
konklusinya,bersyukurlah dengan diri korg yg sekarang apa adanya
dan aku akan jadi sangat touching bila soal result aku diperbincangkan

tak payah nak tgk yg lain.yg penting lulus..

okay la.dah takde pape yg aku nk story.
out of mood.daa~

Friday, October 19, 2012

end of SEMESTER 3~

fuhhhh~
penat wehh nak mengharungi sem yg penuh cabaran ni..
dan bila dah habis ni aku rasa macam tak percaya pun ada..
kenapa??sebab aku dah berjaya habiskannya~
rasa sangat kagum dengan diri sendiri
hahaha *gelak bangga macam action kamen dlm citer shin chan*

secara rasminya pada 16 oktober 2012 yg lalu maka berakhirlah hikayat tukang urut profesional pada semester 3.
on that day,lepas dah penat menunggu giliran practical exam,dengar taklimat untuk clinical time orang lain tengah seronok beronok-ronok cuti sem,
kitorang,bebudak fisio batch 16 dah berparti sakan
BBQ time!!
lagi syok buat dalam hujan
memang lencun habis lah
dah elok-elok mandi wangi-wangi before turun terpaksa mandi lagi sekali lepas tu..
tak nak demam punya pasal..
almaklumlah kene pegi clinical pulak lepas tu.
cuti yang ada pun 5 hari je
jadi tak nak la membazir cuti yang seciput tu..

perencah bbq+air hujan=lazat :P

makan pun nak romantik2 gitu kau~

tgk ayam.bukan orang.

sakan pakcik makcik ni berpayung ye :D

b4 balik.tapau untuk kawan :)

meriah kann??sila jeles.haha


dan untuk pengetahuan rakyat jelata *bajet raja*
beta akan ber-clinical di hospital teluk intan,perak
selama 6 minggu!
bermula pada 22 oktober sehingga 30 november 2012
kemudian pada 2 disember 2012 beta akan mendafar kolej
*kalau permohonan berjaya*
tetapi sekiranya permohonan beta di reject,terpaksalah menumpang dahulu rumah sape2 sebelum keputusan rayuan keluar
kalau tak berjaya jugak,jawabnya menyewa kat luar ler~
tapi kebiasaannya bebudak perempuan diploma jarang sangat tak dapat kolej.melainkan tak mohon.hoho..

tu je kot nak umumkan..
kalau ikutkan hati malas nak updet ni..
tapi disebabkan request dari cik afiqah mafilruddin beta turutkan jua permintaan suci beliau~hakhak
disebabkan oleh itu,cik afiqah sila sediakan red carpet tatkala beta mencemar duli ke rumah tuan hamba sepanjang keberadaan beta di teluk intan nanti

daa~adios!
terima kasih kerana sudi menjenguk :)

Monday, October 01, 2012

FINAL EXAM SEM 3 !!!

AMARAN!!!
DILARANG MENGGANGGU INSAN COMEL DIBAWAH INI DALAM TEMPOH PEPERIKSAAN SEDANG BERJALAN.
SEKIRANYA INGKAR,HUKUMAN PANCUNG AKAN DIKENAKAN!

si cantik manis :)

TEMPOH PERINTAH BERKURUNG IALAH SELAMA 3 MINGGU!!

ni lah jadual final examnya..
lepas tarikh tersebut keadaan kembali kepada asal :)

tu je nak bagitau.in rush..
kena study untuk esok pulak..
daa~~


Saturday, September 29, 2012

mari mengundi~

woot woot!!
i olls dah boleh mengundi~
u olls yang bawah umur jangan nak menggatal eh mengundi..
ape??i olls pun bawah umur??
eh eh..pelisss~
i olls bukan cakap pasal PRU ok..
i olls cakap pasal PRK.
PRK pun tak tau??isy3..*geleng2 kepala*
PRK=PILIHAN RAYA KAMPUS
ada pahammm??haa..gud2

untuk PRK kali ni i olls dgn berbesar hatinya jadi jentera
tolong tampal2 poster,promote calon yadda yadda and so on
sangat penat.seriously!
seminggu burn macam abu je.fuhhh~*tiup abu*
sangat sekejap rasa masa berlalu dan sangat penat nak mengharungi hari2 yang mendatang..

tambah2 pulak antara calon yang bertanding tu pulak kawan2 sendiri
rasa tersepit kat tengah2 pulak
mana taknya kalau takut salah sorang terasa hati
haru jadinya nak memujuk
dah lah i olls ni jenis yang tak pandai memujuk
*sila take note ye my future husband.lalala~*
ibaratnya ditelan mati emak,di luah mati bapak
ecewahh~berperibahasa gitu kau mak jah~ XD

ni ha kawan2 aku yang masuk bertanding tu~

yg ni syu the mpp :D

yg ni the si put :D

walaupun hanya sorang yang menang,which is syu
tapi aku tetap gembira..
at least ada daripada takde langsung~
kepada yang menang i olls ucapkan tahniah dan jalankanlah tugas anda sebaik mungkin demi anak bangsa
kepada yang kurang bernasib baik janganlah berputus asa.setiap yang berlaku ada hikmahnya.mungkin ini bukan jalan anda yang terbaik.rezeki masing2
*ayat takleh bla.hewhew XD*

tu je la nak story..
sorry tak leh nak cerita panjang2 sebab tengah study.huhu
ni pun take 5 je sebenarnya
stress study tak masuk XD
k lah.daa~

*sudi la tengok2 kat galeri ni :)

wan hidayah punye hasil karya :)

juga karya wan hidayah+aku tolong sikit2 :P

haaa~nampak tak mood pilihanraya disitu.huhu

ni lah dia jentera yg paling kuat bekerja
kiri : wan hidayah
kanan : ain azmi

sampai tak nampak jalan nak lalu kat laluan tu.hukhuk


Friday, September 21, 2012

FESKO 2012

ohoooooo hoi~
meh sini aku nak bercerita lagi..
ni kisah pasal FESKO 2012 pulak..
FESKO tu ape??
haa..lupa nak bagitau..FESKO = FESTIVAL KOLEJ
seperti biasa aku akan bagi butiran program.hihi

TEMPAT : PADANG KAWAD UITM PUNCAK ALAM
TARIKH : 13-16 SEPTEMBER 2012 (terlambat pulak updet.hehe..)
MASA : 5-10 PM , 8 AM-10PM
AKTIVITI : JUALAN PUNCAK,SUARA D'PUNCAK,CULTURE OF TRADISIONAL,SUKANEKA,LARIAN AMAL SATU PUNCAK

event ni bebudak jawatankuasa pelajar kolej(jpk)<-------tak tau betul ke tak.hehe..
palam kolaborasi dengan bebudak jpk puncak perdana.
boleh kata meriah jugak la walaupun ramai yang balik.
kan cuti satu malaysiaaaaa~~
cuti 3hari gitu..semua pakat balik la~~
i olls je yang tak balik sebab involve dengan benda alah ni.hewhew..
mostly yang join aktiviti2 ni semua bebudak asasi la..
bebudak puncak perdana pun ada..
ada provide bas untuk angkut dorang ke hulur ke hilir dari perdana-palam

sekarang kita pergi satu2 untuk setiap event
event first------>suara d'puncak
ni boleh kata macam pertandingan karokk la..
ada yang nyanyi solo,duet,group..
dorang kebanyakannya bawa lagu yang sedia ada..
tapi ada sorg peserta ni,budak asasi..nama stage dia cik ah
haa..minah ni bawak lagu sendiri~
cuma tak perfect sangat sebab dia tak main gitar sendiri.sho shadd :(
tapi overall sangat best lagu tu~
terjatuh hati pulak aku dengan lagu tu..hikhik
and the most important thing is dia jadi johan!!!
hooreyyy!! eh eh aku pulak yg eksaited.hehe

cik ah yg pegang bunga tu..comel kan??huhu

yg ni the group.suara sedap+org comel.hikhik^^

yg ni ahli flava yg nyanyi.dia dtg jd juri :P

haa..yg ni time cik ah nyanyi.hikhik

event ni malam..siang tu suria.fm dah datang dulu.
suara i olls masuk radio~
kau hado??hahaha

shafiq kot dia ckp nama dia hari tu.lupa dah.hehe

yg belakang tu kereta suria wheels ok.kau hado??

next!!culture of tradisional..yg ni biasa la.ala-ala fashion show gitu~
mak jah masuk tak?
nak kiamat namanya kalau mak jah masuk.hahaha
i olls tak minat la nak jadi model ni..
my beauty just for the right one~
haa..kelllaaassss kau mak jah.skiping london gitu~

seterusnya------->sukaneka!!
yang ni aku tak join.sebab???
malam sebelumnya aku dah berapa hari tak cukup tido
jadinya,weekend yg ada ku guna untuk qada balik tido yg tak cukup tu~
tapi hari tu jugak aku keluar berfoya-foya~
hahaha..takde lah..kawan aku ajak teman jumpa adik dia
aku on je la..tak nak tolong kang kawan.rasa bersalah lak nanti.huhu..
malamnya aku tak ingat ada ape.hahaha

the next event is *drum roll*------->larian amal 1puncak
yg ni acara paling penting sebab i olls masuk tau~sihat gitu i olls~haha
ingat dekat ke???7KM tau~
dah la jalan kat palam ni berbukit-bukau.ponat den lari =,=
tapi tak menang pongggg~hahaha
me no good in long distance la~
sprint boleh meh~
tapi sekarang dah tak sure sebab dah lama tak aktif =="

no bertuah??tak pernah kena =="

haaa~pnc pun join tau~jgn memain~

muka penat woihh..baru lepas lari.
yg baju biru tu keje dia jadi usher je.tak lari pun~haha :P

yg ni time pendaftaran.hujan~tapi demi baju free sanggup~haha

as it is the last day of fesko 2012 mesti lah ada acara penutup malam tu..
tapi aku tak pergi pun..syok tido~penat woihh
habis sakit2 badan aku..seminggu baru hilang =="
seksa tau.dah gaya macam orang tua je aku jalan seminggu ni..
gaya orang parkinson pun ada..
dah la perlahan..stretttt je..haisy~
tobat tak nak join dah.#eh huhu
tapi yang penting aku boleh dapat 3 kupon yang diwajibkan setiap seorang kutip..
kalau tak cukup,tak dapat kolej!!
aaiiyookkkk~tak tau..tapi aku pun tak sure sebenarnya..hahaha

k lah.tu je yang nak dicerita
lebiu ollsss so muchh!!hew hew :*
daa~~

Monday, September 17, 2012

kem jati diri

mari duduk rapat rapat~
mari duduk rapat rapat~
aku ada benda nak story~
tutup mulut,bukak telinga~
*nyanyi ala2 mas idayu sambil goyang2*

sebenarnya cerita ni dah lama dah.zaman tok kaduk dulu2.tapi baru sekarang ada keinsafan nak hapdet.huhu
kem ni dua hari satu malam je.8-9 september hari tu..
insan2 terpilih yg dapat pergi kem ni dipilih atas dasar beberapa kriteria
tapi aku pn tak tau ape kriterianya.muahaha
yg pergi bebudak part 3 & part 5 diploma fisioterapi je
lebih kurang 47 org yg pergi included ajk
sepanjang kem tu berjalan,fon&jam tgn kitorg dirampas sementara
hanya ketua yg dibenarkan ada jam
motif???
katanya sebab nak ajar kitorg jadi org yg lebih peka&hargai masa bila buat sesuatu
err..boleh diterima kot sebab aku ni jenis yg berkawan baik dgn jam
bila takde jam macam tak lengkap hidup aku.
*ayat takleh blaahhh*
ok.nk disenangkan citer meh aku concludekan

PERKARA : KEM JATI DIRI PELAJAR DIPLOMA FISIOTERAPI
TARIKH : 8-9 SEPTEMBER 2012
TEMPAT : KEM NUR LEMBAH PANGSUN,HULU LANGAT
PESERTA : 47 ORG BERSERTA AJK & 2 ORG PENSYARAH PENGIRING
AKTIVITI :
  1. WALL CLIMBING
  2. BERAKIT
  3. EXPLORACE
  4. JUNGLE TRACKING

WALL CLIMBING.
dengar macam menarik kan?bukan macam.memang menarik pun..
sesape yg gayat2 tu tak digalakkan untuk melakukan aktiviti ini ye..
kang tak pasal2 ada yg pengsan time tengah panjat tu..
dah jadi satu keje nak buat aktivit menyelamat.huhu
tapi serius cakap sangat penat panjat benda alah tu..
kena keep moving sebab kalau stay lelama at one point korang akan sangat cepat letih
sebabnya body weight kita ditampung oleh tangan
aku yg kecik comel molek ni pun sampai dah tak leh nak genggam tangan dah lepas tu
mau 2 hari nak back to normal
just imagine macam mane dgn org obese???
haa pandai2 lah korg pikir.huhu
*xde gambar.harap maaf*

BERAKIT.
sangatttt best!!
dah la time tu dah start nak hujan
tempat tu pulak sejuk.maklum ler dalam hutan..
lepas tu masuk lagi dalam air.mane tak beku habis organ2 aku.huhu
before start berakit kitorg start with water confident first
terapung2 macam telur katak kat permukaan air..
best wooo..tapi yg tak syok sikit air dia lain macam sikit.
lepas tu baru kitorg berakit then mandi manda berenang ketepian~
*take noted to my-future-husband saya tak pandai berenang.hehe*

nampak tak group aku paling last??
ktorg menghayati keindahan alam~huhu

time macam ni la nak hujan.
habis masuk air hidung aku.hikhik

EXPLORACE.
ada 6 check point kot.aku pun dah lupa
setiap check point peserta akan diberi soalan dan task2 tertentu
soalan tu based on ktorg punye silibus
so sedikit sebanyak membantu ktorg revise balik
antara task yg ada minum telur&air garam,cari getah dalam bekas cengkerik,balut telur gune straw,kira kayu jambatan gantung yg panjang tak terkira dalam gelap malam & buat coughing
mahu dehydrated aku malam tu..
lepas tu pulak kene rendam dalam air sungai yg sejuk teramat
mati2 ingat malam tu dah tak main air
skali kena rendam jugak..
ada lah kot dalam sejam
tak pasal2 kena mandi tukar baju dulu baru boleh tido.haisy~

the very last activity,JUNGLE TRACKING.
yg ni memang baru aku feel jungle tracking yg betul2
penat la jugak
ada yg injured kot~
tapi alhamdulillah aku ok je.takde kecederaan mental & fizikal
ecewahh..hahaha~
bile dah sampai kat air terjun kitorg pn mandi la
alang2 pagi tu tak mandi lagi.hoho

then,before balik ktorg sempat la bergambar sebagai tanda kenang-kenangan.hehe
credit to baem jaafar.the photographer :)

us! :)

tu je lah kot yg aku nk story.
penat dah.
tak larat nak menaip.wuu~
see ya next time!!daa~