Friday, October 19, 2012

end of SEMESTER 3~

fuhhhh~
penat wehh nak mengharungi sem yg penuh cabaran ni..
dan bila dah habis ni aku rasa macam tak percaya pun ada..
kenapa??sebab aku dah berjaya habiskannya~
rasa sangat kagum dengan diri sendiri
hahaha *gelak bangga macam action kamen dlm citer shin chan*

secara rasminya pada 16 oktober 2012 yg lalu maka berakhirlah hikayat tukang urut profesional pada semester 3.
on that day,lepas dah penat menunggu giliran practical exam,dengar taklimat untuk clinical time orang lain tengah seronok beronok-ronok cuti sem,
kitorang,bebudak fisio batch 16 dah berparti sakan
BBQ time!!
lagi syok buat dalam hujan
memang lencun habis lah
dah elok-elok mandi wangi-wangi before turun terpaksa mandi lagi sekali lepas tu..
tak nak demam punya pasal..
almaklumlah kene pegi clinical pulak lepas tu.
cuti yang ada pun 5 hari je
jadi tak nak la membazir cuti yang seciput tu..

perencah bbq+air hujan=lazat :P

makan pun nak romantik2 gitu kau~

tgk ayam.bukan orang.

sakan pakcik makcik ni berpayung ye :D

b4 balik.tapau untuk kawan :)

meriah kann??sila jeles.haha


dan untuk pengetahuan rakyat jelata *bajet raja*
beta akan ber-clinical di hospital teluk intan,perak
selama 6 minggu!
bermula pada 22 oktober sehingga 30 november 2012
kemudian pada 2 disember 2012 beta akan mendafar kolej
*kalau permohonan berjaya*
tetapi sekiranya permohonan beta di reject,terpaksalah menumpang dahulu rumah sape2 sebelum keputusan rayuan keluar
kalau tak berjaya jugak,jawabnya menyewa kat luar ler~
tapi kebiasaannya bebudak perempuan diploma jarang sangat tak dapat kolej.melainkan tak mohon.hoho..

tu je kot nak umumkan..
kalau ikutkan hati malas nak updet ni..
tapi disebabkan request dari cik afiqah mafilruddin beta turutkan jua permintaan suci beliau~hakhak
disebabkan oleh itu,cik afiqah sila sediakan red carpet tatkala beta mencemar duli ke rumah tuan hamba sepanjang keberadaan beta di teluk intan nanti

daa~adios!
terima kasih kerana sudi menjenguk :)

No comments: