Wednesday, July 25, 2012

selamat hari lahir,SAKINAH!! :D

"selamat hari lahir
selamat hari lahir
selamat hari lahir sakinah
selamat hari lahir"

*clap clap clap*

entri ni khas buat NUR SAKINAH BINTI KAMARUDDIN according to her belated birthday which is yesterday;24th july 2012..
sory la kawan takde hadiah.hehe..lagi pun tengah puasa.nak belanja kau makan memang tak boleh la kan.
plus,kau ada kat kelantan kot.jauh di timur sana.haha :P
anyway,aku doakan kau semoga sentiasa dirahmatiNya,sihat dan bahagia sokmo,dimurahkan rezeki,dicepatkan jodoh..#eh hahaha *kawen jangan lupa jemput* :P
yang paling penting jangan lupa aku!!hehe

sakinah & me.time jamuan raya kt sekolah :)

pejam celik pejam celik,dah 3 tahun kita kenal.teringat semua kenangan kat sekolah dulu.time prep,inspection,romadhon,spm..
kalau boleh aku rasa macam nak lalui balik.hihi..
pape hal pun..uhibbuki fillah.friend till jannah..amiinn :)

Friday, July 20, 2012

selamat kembali,sayang!! :)

setelah setahun berlalu sejak pemergianmu..
telah banyak perkara yang terjadi dalam hidupku..
suka,duka,tangis,tawa..
silih berganti mewarnai hidupku..
terkadang aku hanyut di bawa arus..
arus dunia yang mana ramai insan terkandas..
tewas dalam melawan amukan nafsu..
sehinggakan aku tersungkur...
dunia seolah-olah menghinaku..

hanya kerana bisikan-bisikan halus itu..
aku lupa di mana aku berada..
aku lupa akan penciptaku..
aku lupa akan janjiNya..
aku hilang pedoman..
hilang tempat bergantung harap..

tika itu..
baru kusedari..
kehadiranmu memberi sejuta manfaat..
dan di saat itu juga..
aku mula mengerti kerinduanku terhadapmu..
tatkala air jernih mula membasahi pipiku..
ku menadah tangan penuh pengharapan..
meminta diketemukan kembali denganmu..
mengubat kembali kesedihanmu dulu..
yang tak pernah aku hiraukan di setiap kehadiranmu..

dan hari ini aku berasa sangat bersyukur..
kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu denganmu..
harapanku tinggi menggunung..
agar kali ini kita dapat meluangkan lebih masa bersama..
selamat kembali,sayangku..
RAMADHAN KAREEM!!! :)


dengan ini saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari semua atas kesalahan yang pernah saya lakukan selama hayat dikandung badan ini sama ada secara sengaja atau tak sengaja..sesungguhnya saya ini hanyalah insan yang lemah yang tidak lepas daripada melakukan kesalahan..di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa buat muslim di seluruh dunia :D daa~~

Monday, July 16, 2012

my sweet 19 dear!!

"Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan peahku sayang
Allah selamatkan kamu!!"

my org rumah..a radiographer to be :D

entri ni aku buat khas untuk insan yang bernama nur afiqah mafilruddin
bersempena hari lahir beliau yang ke-19
actually birthday beliau on 15 julai
tapi terlambat sikit post entri ni due to line kat palam yg sangat 'laju' ni  =,="
tapi sokay lah kan..
better late than never..

hadiah??sori lah..tahun ni takde..
lagipun cakap nak tuntut tahun depan kan~~
entri ni boleh dianggap advanced present ye.hehe :p
tahun depan baru bagi yg real punya
okeh sayang..

p/s : dah dpt free kol tuh jgn lupa kol tiap2 hari eh.hehehe :p

Thursday, July 05, 2012

Ustaz Don Daniyal :D

hari yg agak bermakna---->5 julai 2012
kenapa????
sebab aku boleh jumpa ustaz don!!!*jakun giler =,=*
beliau ada datang uitm puncak alam hari ni
untuk bagi talk on 'ramadhan bulan tarbiyyah'
kalau ikutkan tak dapat nak join majlis tu..ada kelas..
tapi disebabkan lecturer semua pakat ada hal and ganti kelas awal2 so boleh la pergi :)
majlis tu start pukul 9.30 kot kalau tak silap
*kantoi pergi lambat.sah2 bangun tido lambat. =.='*
buat dekat kafe..ramai gilerrrr orang..
boleh kata satu kampus datang
time nak pergi kelas pun kat fakulti seriously takde orang sangat
boleh baring golek2 kot sepanjang laluan*ober kau jahh.hikhik*
tapi aku tak stay sampai habis pun..
ada kelas BEL..sob3 :'(
anyway,boleh pergi kejap pun dah ok :)

nah cenderahati untuk korang :)
aku ada,kau hade???muehehe :p

anyway,aku nak ucapkan selamat memanfaatkan bulan sya'ban ni
buku baru pun dah bukak
jadi banyak-banyaklah buat kebaikan
tak kiralah kecik mana pun kebaikan yg kita buat tu
sebab Allah maha pemurah
sebesar zarah pun kebaikan yg kita buat Dia tetap bagi ganjaran

tak lama lagi dah nak puasa dah..
harapnya boleh bertemu lagi dengan ramadhan tahun ni
aamiin.. :)
dah la.tu je nak cakap.hehe
daa~


Tuesday, July 03, 2012

pHysIo O'days :)

setelah sebok dok meetingggggg memanjang since start sem,maka berakhir sudah physio o'days a.k.a physio orientation days :))
physio o'days ni start dari hari khamis,31 jun - 1 julai 2012,ahad
hari khamis & jumaat program start malam sebab peserta & urusetia ada kelas *tapi aku takde kelas hari jumaat tuh~~dok goyang2 kaki je kat bilik.hohoho*


malam khamis start dgn ice-breaking..
bagi2 group & fasi which is bebudak batch aku - batch 16 :)
kat padang kawad~mmg stai habis ah.huhu..*d/t takde tempat*
LDK malam tu dorang kena buat logo & cheer..
but before start LDK tu dorg dah diberi barang amanah which are tauhu kering & biskut yang macam rokok tu *aku taktau nama dia ape =.="*
mana2 group yang hilang or cacatkan 2 things tuh akan didenda.muahahaha..


malam jumaat dah start campus tour..
yg mana aku jaga one of the check point..
check point aku punya task dorang kena dirikan tin minuman macam ni

lupa nak rotate.hikhik

dan dendanya dorang kena minum kordial yang dicampur dengan air mengikut ratio balingan dadu yang dorg dapat..nasib ah kalau dapat kordial banyak tapi air sikit.huhuhu

sebelum start sempat lagi bergambar.hikhik ^^

muka penat + ngantuk =.="


hari sabtu bebudak part 1 ni ada sukaneka & pengenalan to physio..
program ni bebudak part 5 & degree yang handle sebab hari tu kami2 bebudak part 3 ada KI a.k.a KEMAHIRAN INSANIAH which is yang sangat ohsem =.="
then malam tu jugak ada malam kebudayaan :)
not bad..berjaya buat aku gelak eventho tak sampai mengalir air mata.hohoho
most of them buat musikal
eventho tak menjadi sangat tapi it's a good try..boleh nak buat release tension..
bebudak laki batch aku nyanyi ramai2 diiringi petikan gitar *orang yang pandai main gitar is ohsem ^^ *
dorang nyanyi lagu medley..aku pun tak ingat lagu ape.banyak sangat.huhuhu..
tak lupa jugak yang duet..
nyanyi lagu sudirman.tak ingat tajuk la..
aku??jadi penonton je..tak mampu nak berada atas stage tu.darah gemuruh~~hahaha


and for the last day is explorace!!
sangat kesian tengok keadaan bebudak tu..
dah la start pepagi buta..
break fast pun makan swiss roll je..
tapi larinya satu kampus..
kampus pulak kemain 'keciknya'
kalau aku jadi bebudak tu mau pengsan tengah2 race =.="
lepas habis race tu dorang dibenarkan balik ke bilik untuk bersihkan diri & prepare for majlis penutup.

kunun pocong la kat belakang tu..hahaha

bajet model kau..tak sedar body macam dugong.muahahaha


majlis penutup start pukul 2.30++
tunggu VIP datang..
and majlis penutup tu nampak lah huru-hara sikit *sikit ke???*
tapi biasalah..budak baru belajar~~
banyak benda lagi yang nak kena belajar..
sokay lah kan..hidup ni pun proses pembelajaran what..


lepas habis tu balik bilik and tido tak ingat dunia..
maghrib baru bangun.hohoho
malam tu ingat nak study sikit..
tapi hareemmmmm...
bukak note,mata pejam,telinga menyumbat earfon =.="
maklum ler penat sangat~~hahaha
nasib baik kelas neuro pagi esok tu batal.selamat dunia akhirat kejap #eh

danbo ni takde telinga nak menyumbat.hohoho

cukuplah aku mengarut hari ni..nak pergi setel hal duniawi & ukhrawi dulu
terima kasih sebab sudi melawat ^^
daa~~


Tuesday, June 12, 2012

puncak alam yang kusayang (>o<)

hai hai hai~~~
fuhh~rasanya dah lama sangat takde cerita baru.blog ni pun rasanya kalau rumah dah jadi rumah usang kot.huhuu..takpe takpe..ni cleaner terhebat di alam semesta dah datang nak transform blog ni jadi blog terbersih dan tercantik..cewahhhh~gaya macam dah masuk pertandingan kebersihan je.hohohohoho~~
okay.hari ni dah hari kedua aku start semester baru which is sem3 in diploma fisioterapi kat uitm puncak alam yg tercinta ni..untuk sem ni aku ambik 8 subjek which are
  1. CTU221-SAINS KESIHATAN&FARMASI ISLAM
  2. BEL311-ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
  3. PTY201-PHYSIOTHERAPY IN MUSCULOSKELETAL SYSTEM I
  4. PTY202-CLINICAL CONDITION
  5. PTY205-PHYSIOTHERAPEUTIC SKILL III
  6. PTY206-PHYSIOTHERAPY IN NEUROLOGY I
  7. PTY212-PHYSIOTHERAPY IN RESPIRATORY&CARDIOVASCULAR SYSTEM
  8. HBU134-RED CRESCENT SOCIETY III
dan apabila mengetahui sesungguhnya hari jumaat takde kelas terasa seperti di syurga~~hahaha..tapi serius budak batch aku sangat taksub dengan  TAKDE KELAS HARI JUMAAT.maklum lerrr semua nak weekend lelama.nak balik rumah la katakan.lagipun sape yg taknak cuti lelama??ce bagitau kat teman.teman pun suke cuti lelama.hohohoho~~time dapat tau jadual,first thing yg nak ambik tau kelas hari jumaat ada tak??sampaikan kalau nak buat kelas ganti sanggup buat weekdays eventho kena buat malam *terserlah kenekadan nak cuti hari jumaat di situ ye*
lecturers yg ajar pun lebih kurang macam sem2 lepas je just ada few la muka baru *takde la muka baru sangat sebab pernah je terserempak dekat koridor or cafe or tengah2 otw to somewhere.just tak pernah tegur.hehehe*
belajar untuk sem ni quite challenging sebab benda advanced sikit tapi so far so good.boleh la nak adapt dengan environment baru eventho baru lepas cuti dua bulan.*otak aku pun dah berkarat macam hape je* cuti ni kerja aku membina badannnn je.sampaikan naik sem ni semua orang cakap aku makin berisi *hamagad!!!kena diet ni.tapi gerenti tak jalan punya.kalau dah kaki makan tu kaki makan la jugak (=.=;)*
tapi rasanya tak payah nak diet sangat lah kan.kedudukan blok aku yg jauh ke belakang untuk ke kelas dan kafe sudah mencukupi buat aku sebagai eksesais harian.tambah lagi dengan tangga maut yg belum pernah meragut nyawa orang tuh. *naik turun tangga maut tu baru dua hari tapi kaki aku dah sakit* aku berterima kasih sangat lah kan pada pihak pengurusan kolej yg bagi aku rumah sejauh ni *sila baca dengan nada perli*
dah la plan nak duk skali dengan kawan tak jadi (=.=) *ni semua gara2 abg aku yg berkeras nak balik hari ahad jugak* malang betul nasib.haisy~~tapi takpe lah.bersyukur sebab still dapat rumah.tak mau aku duk menumpang.seksa~~
sampai situ jela dulu aku bercerita.dah takde idea.nanti aku tulis lain pulak.daa~~

Friday, June 08, 2012

sedetik cuma

errrrr...nk ckp ape ek??tak tau lah..
ok..
first,sgt lama tak buat entri baru due to certain problems..
second,takde benda nak story eventho byk je yg jd kat malaysia ni selama aku cuti 2 bulan.
third,aku malas..
keyh..tu je yg aku nk cakap kali ni..
adios!daa~

*lain kali aku tulis panjang2 lagi