Tuesday, June 12, 2012

puncak alam yang kusayang (>o<)

hai hai hai~~~
fuhh~rasanya dah lama sangat takde cerita baru.blog ni pun rasanya kalau rumah dah jadi rumah usang kot.huhuu..takpe takpe..ni cleaner terhebat di alam semesta dah datang nak transform blog ni jadi blog terbersih dan tercantik..cewahhhh~gaya macam dah masuk pertandingan kebersihan je.hohohohoho~~
okay.hari ni dah hari kedua aku start semester baru which is sem3 in diploma fisioterapi kat uitm puncak alam yg tercinta ni..untuk sem ni aku ambik 8 subjek which are
  1. CTU221-SAINS KESIHATAN&FARMASI ISLAM
  2. BEL311-ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSES
  3. PTY201-PHYSIOTHERAPY IN MUSCULOSKELETAL SYSTEM I
  4. PTY202-CLINICAL CONDITION
  5. PTY205-PHYSIOTHERAPEUTIC SKILL III
  6. PTY206-PHYSIOTHERAPY IN NEUROLOGY I
  7. PTY212-PHYSIOTHERAPY IN RESPIRATORY&CARDIOVASCULAR SYSTEM
  8. HBU134-RED CRESCENT SOCIETY III
dan apabila mengetahui sesungguhnya hari jumaat takde kelas terasa seperti di syurga~~hahaha..tapi serius budak batch aku sangat taksub dengan  TAKDE KELAS HARI JUMAAT.maklum lerrr semua nak weekend lelama.nak balik rumah la katakan.lagipun sape yg taknak cuti lelama??ce bagitau kat teman.teman pun suke cuti lelama.hohohoho~~time dapat tau jadual,first thing yg nak ambik tau kelas hari jumaat ada tak??sampaikan kalau nak buat kelas ganti sanggup buat weekdays eventho kena buat malam *terserlah kenekadan nak cuti hari jumaat di situ ye*
lecturers yg ajar pun lebih kurang macam sem2 lepas je just ada few la muka baru *takde la muka baru sangat sebab pernah je terserempak dekat koridor or cafe or tengah2 otw to somewhere.just tak pernah tegur.hehehe*
belajar untuk sem ni quite challenging sebab benda advanced sikit tapi so far so good.boleh la nak adapt dengan environment baru eventho baru lepas cuti dua bulan.*otak aku pun dah berkarat macam hape je* cuti ni kerja aku membina badannnn je.sampaikan naik sem ni semua orang cakap aku makin berisi *hamagad!!!kena diet ni.tapi gerenti tak jalan punya.kalau dah kaki makan tu kaki makan la jugak (=.=;)*
tapi rasanya tak payah nak diet sangat lah kan.kedudukan blok aku yg jauh ke belakang untuk ke kelas dan kafe sudah mencukupi buat aku sebagai eksesais harian.tambah lagi dengan tangga maut yg belum pernah meragut nyawa orang tuh. *naik turun tangga maut tu baru dua hari tapi kaki aku dah sakit* aku berterima kasih sangat lah kan pada pihak pengurusan kolej yg bagi aku rumah sejauh ni *sila baca dengan nada perli*
dah la plan nak duk skali dengan kawan tak jadi (=.=) *ni semua gara2 abg aku yg berkeras nak balik hari ahad jugak* malang betul nasib.haisy~~tapi takpe lah.bersyukur sebab still dapat rumah.tak mau aku duk menumpang.seksa~~
sampai situ jela dulu aku bercerita.dah takde idea.nanti aku tulis lain pulak.daa~~

2 comments:

Anonymous said...

wah semoga sem 4 nnti aku jumpe kau dlm keadaan yg kurus~ haha

gee said said...

hamboi kau..perli2 nampak..*asah2 parang