Monday, August 05, 2013

makcik makcik & sejadah

bismillahirrahmanirrahim

hari ni aku nak berbicara pasal makcik2 & sejadah..
aku gerenti korang pernah sembahyang berjemaah dekat masjid..alaaa paling kurang pun tetime bulan romadhon yang penuh barakah ni..korang ada perasan tak habit makcik2 ni???yang mana kalau sembahyang takkan berganjak dari sejadah mereka walaupun sebelah beliau ada ruang yang saaaaaaaaaaaangattt lah besar *rasanya muat kot kalau nak masuk sorang lagi* dan hal itu membuatkan aku saaaaaaaaangatlah geram & menjadikan aku malas nak ikut mak ayah aku pergi masjid sembahyang berjemaah =.=!
pernah jadi kat aku..

aku: acik,sebelah ni kosong.geraklah sini sikit.rapatkan saf *senyum manis tahap diabetis kena potong kaki

makcik1: sejadah makcik kat sini.suruhlah orang lain.

aku: *krik krik krik*......

aku: acik,sini kosong *senyum dengan sangat lebar & ikhlas*

makcik2: sejadah makcik kat sini.suruhlah orang belakang naik atas.

aku: *heshhh..uji kesabaran betul*

aku: acik,sini kosong.*senyum*

makcik3: sejadah makcik kat sini.

aku: *senyum**pandang depan* lantak kau lah.aku dah ajak tak nak naik..grrrrrrrr!!!saf putus lepas aku.bukan salah aku dah..huh!!!

haaa..nampak tak betapa besaaaarrrrrrrrrrrrnya gap tu..


bila dah kena macam tu rasa tersaaaaaaaaaaaangatlah sakit hatinya.lepas aku dah kena macam tu memang sampai sudah aku tak tegur dah.buat sakit hati je.dan kat sini aku nak ulas lah sikit perihal saf.*mengikut ape yang ada ilmu di dada aje lah*

bila imam sebut "luruskan saf,rapat2kan saf!!" ada maksudnya..
okayy yang pertama..luruskan saf..ape yang aku tau luruskan saf tu maksudnya bila qiam (berdiri),tumit setiap orang dalam saf tu mesti sama..satu line je.takde yang satu ke depan sangat,satu ke belakang sangat,satu dok tengah2..MESTI satu line by hook or by crook.kalau tak sama aku taktau jadi ape..belajar tak habis dengan ustaz time sekolah dulu.hohoho

yang kedua..rapatkan saf..rapatkan saf bermaksud,bahu kita bertemu dengan bahu orang sebelah.maksudnya bukanlah bahu2 tu bertegur sapa mintak nombor talipong bagai..bertemu tu maksudnya bersentuhan.time qiam tu kita boleh rasa bahu orang sebelah..kalau yang orang sebelah dia tu tinggi or rendah tak payah lahhh nak gigih sangat nak bagi sama tinggi bahu.bendul sangat tu.huhu...cukuplah kena bahagian sisi anggota dia.maka dengan adanya dua benda ni jadi luruslah saf tu :)

lagi satu pasal ruang kosong dalam saf..sape yang patut gerak,sape yang patut stay or whatsoever..contoh time start sembahyang tu penuh,cukup kuota orang satu saf.tapi nak dijadikan cerita tengah2 rakaat kedua ada orang sakit perut.tak tahan sangat dah nak pergi toilet.dia pun keluar saf pergi tunaikan hajat..bila dah rongak saf tu orang lain pun kena lahh isi tempat tu.taknak bagi setan menghuni..macam gigi jugak..berlubang kena tampung .taknak bagi kaviti membiak ye dakk..nak dijadikan cerita lagi tempat kosong tu tengah2..sape yang kena gerak??orang sebelah kiri ke kanan??jawapan dia orang belakang..sebab ape??sebab mengikut kata ulamak,dalam solat tak boleh banyak2 sangat pergerakan.boleh mengganggu jemaah..cuba bayangkan kalau orang sebelah kanan or kiri yang bergerak,the rest of the saf kena gerak jugak..tapi kalau orang belakang yang bergerak ke depan,hanya sorang setiap saf yang akan bergerak..kan simple.simple as a blink of eyes :)

cane nak gerak??gerak jelah..langkah.angkat kaki bawak pi depan..tapi tapi tapi jangan lebih tiga kali..nak jalan pun ada cara.gerak satu langkah stop.satu langkah stop.satu langkah stop.sampai ke saf depan.tak leh jalan macam biasa..whae??aku pun tak tau.tak habis belajar jugak huhuhu -_-

takat tu je lahh yang aku mampu kongsi.maklum  lerrr ilmu didada tak banyak sangat..huhu..kalau ada persoalan yang lebih lanjut sila dapatkan khidmat yang lebih pakar & berhak :)

"ilmu dari Tuhan,tangan untuk insan" "sharing is caring" :D

No comments: