Thursday, September 15, 2011

DEGREE vs DIPLOMA vs ASASI

okeh.berdasarkan tajuk entri ni pn dah tau yg entri ni berdasarkan pertarungan tiga penjuru.yakni antara student DEGREE,DIPLOMA&ASASI..bukan pertarungan sgt lar kan.just cabaran nak hidup kat palam ni bile budak2 degree dah daftar masuk.yg daftar bukan dua tiga orang jew.mesti lar beratus ratus kan.so,palam yg tak kecik punyer besar ni mesti lar sangat padat dengan student2nya yg ramai bagai tak ingat ni..kalau sebelum ni nak kene compete dengan bebudak asasi jew boleh tahan lagi.tapi bile bebudak degree dah masuk,makin sakit lar jawabnya.dah ler bebudak asasi dah cukup ramai,pelas lagi dengan bebudak degree memang masak lar -.-"


antara tempat2 yg sering menjadi masalah kepada kami2 adalah

  • SURAU - prob ni jadi memang time zohor lar sebab break kejap before sambung kelas petang lak.just imagine,surau yg kecik punyer besar tu nak memuatkan bebudak yg beratus *ribu mungkin* utk solat dalam satu2 masa.memang tak muat lar kan.walaupun surau tu ber-aircond,tapi kalau dah sesak sangat,mau sesak nafas dibuatnya.so,nak tak nak kene bersesak jugak lar dalam tu bile dah malas nak ke tempat lain.huhuhu...
  • BAS - tang ni memang kritikal sikit.dulu,sebelum bebudak degree masuk pn dah seksa jadi sardin,sekarang lagi lar.pelas dengan bebudak degree lagi.bukan setakat sardin,superdupersardin dah..especially bas u90.maklum ler,bebudak palam ni suka sangat pergi shah alam&kay-el.tu yg sanggup ber-sardin tu.
  • KAFE - kat sini memang sangat2 mencabar yea.just imagine..dulu,kalau makan malam kat kafe tu turun pukul 9 baru kene makan maggi..tp sekarang,turun pukul tujuh pun dah nazak peluang nak dapat makanan.macam org cakap kalau untung sabut timbul,untung batu tenggelam.dan memang tersangat sangat bengang yea bile order then abg kafe tu cakap kene tunggu setengah jam.bile dah dengar macam tu takpe lar.tunggu jew.after setengah jam,ingat dah siap lar.rupenya kene tunggu lagi setengah jam.takpe.sabar lagi.lepas dah lepak2 sejam kat kafe tu,ingatkan dah siap lar.tapi boleh pulak abg kafe tu cakap makanan yg ktorg order tu takde.kene order lain.tunggu lagi.hadooiiihhhh...memang sangat menguji kesabaran yea.tapi,dalam hati menyumpah seranah jugak.hahaha...
konklusinya : bebudak diploma terkepit ditengah-tengah keramaian bebudak asasi pelas ke-senior-an bebudak degree.kehidupan di palam semakin hari semakin mencabar.dah lar minggu depan dah final.memang stress jadinya.sabor jew lar~nasib baik dah nak habis sem.kalau lame lagi tatau lar macam mane nak survive.huhu
    p/s : doakan supaya aku boleh buat yang terbaik dalam final ni,pelas dapat keputusan yang ok! :)

    1 comment:

    afiqah cloudy said...

    best kot entry ni...haha